SALAM....
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara
sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab
Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti
PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah
penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.
SEJARAH PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh
Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh
YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu,
kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat
masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.
 |
Tunku Kursiah |
Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku
Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang,
Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak,
Universiti Kebangsaan Malaysia.Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja
Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku
Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang,
Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak,
 |
Tengku Hajah Afzan |
Universiti Kebangsaan Malaysia.Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.Hari
Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran
PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun
1987. Pada Hari Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM
telah mengiktiraf ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah
Tokoh Puteri telah disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku
Bainun. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak
sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua
maktab perguruan di seluruh Malaysia. Skuad Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah
Wan Ismail pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan
wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti
bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital.
 |
Datin Hajah Badiah |
PPIM sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi
pengajian tinggi pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon
Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. Pada awal
tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah
Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul
Puteri. Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul
Rashid pada 24 Ogos 2005.Pada 24 Mac 2007, kekosongan jawatan Yang
Dipertua telah diisi oleh
Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding
pada sesi pemilihan 2007 - 2009 & 2009 - 2011.
No comments:
Post a Comment